Monday, December 28, 2009

Selamat Bertugas

Salam. Kembali bertemu dan masing-masing kini sedang sibuk mempersiapkan diri untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran pada minggu hadapan. Saya baru pulang dari Terengganu dan juga Batu Pahat. Walaupun cuti amat singkat (buat diri saya) namun gembira tidak terkata apabila melihat isteri dan anak-anak gembira. Kini sudah ramai rakan-rakan guru telah kembali ke sekolah dan ada yang telah memulakan kelas tambahan. Guru Hebat. Di sekolah saya sendiri kelas tambahan untuk Tahun 6 2010 telah dimulakan pada hari Isnin (28.12.2009).
Selamat kembali dan memulakan tugas sebagai pendidik yang terbaik. InsyaAllah.

Wednesday, December 16, 2009

KURSUS FASILINUS PEMULIHAN

Tahniah!!! Pemulihan Khas telah maju setapak lagi. Saya difahamkan pada Januari 2010, satu kursus JU Linus Pemulihan akan diadakan. Literasi dan Numerasi memang dan sinonim dalam pemulihan khas. Sejak dulu lagi guru-guru pemulihan khas melaksanakan pemulihan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Sesungguhnya guru-guru Pemulihan Khas masa kini lebih beruntung kerana melalui LINUS Tahun 1, pastinya akan berlaku pengurangan secara mendadak masalah buta huruf dan nombor. Jadi, apabila memasuki Tahun 2, dijangka jumlah yang akan masuk ke pemulihan khas berkurangan. Pastinya guru pemulihan khas ialah peneraju utama ke arah 100% celik huruf menjelang akhir tahun 2012. Guru Pemulihan yang cemerlang pastinya dapat menjalankan tanggungjawab ini. Kepada guru pemulihan khas Johor.... anda cemerlang P1NCH akan berjaya. Salam.

Friday, December 11, 2009

Melatih Fasilinus Bahasa Melayu Zon Selatan

Di Hotel Seri Pelangi, Muar, Johor.