Thursday, January 27, 2011

BANGKIT DAN PERTAHANKAN MARUAH (BAHAGIAN 1)


Isu Guru Pemulihan Khas (GPK) di sekolah sering dikaitkan dengan guru yang bermasalah amat mengecewakan dan sudah ketinggalan zaman. Zaman teknologi yang memacu minda golongan pendidik ke arah yang lebih positif sepatutnya tidak dipersembahkan lagi dengan isu seperti ini. Kita semua sedia maklum (tapi mungkin ada juga yang ketinggalan dengan maklumat ini), semua GPK di sekolah mestilah di kalangan guru yang terbaik. Malah telah banyak sekolah di negara ini, GPK di kalangan DG41. Guru Besar sekolah sendiri pun sedia maklum bahawa mereka mesti melantik guru terbaik sebagai GPK bagi melaksanakan sifar buta huruf.
Cuba kita fikirkan, Guru Besar mana yang hendak 'menjerut leher sendiri' dengan melantik GPK di kalangan guru yang bermasalah. Kelas Pemulihan Khas pada ketika ini merupakan agenda utama dalam pendidikan negara dan sering diberikan perhatian dan kerap kali dipantau. Malah Menteri Pelajaran sendiri pernah bersuara mahukan satu perubahan besar dalam sistem pendidikan negara dan salah satunya ialah melahirkan warga yang celik huruf dan nombor. Kalau menteri sudah membuka mulut, maka yang di bawahnya pasti tidak akan duduk diam. Inilah realiti. Bagi GPK, ini merupakan satu pengiktirafan kepada mereka untuk membuktikan bahawa mereka juga bermaruah.
Sebelum ini ramai di kalangan GPK tidak mampu menangkis 'peluru-peluru' sesat yang sentiasa menuding jari ke arah mereka apabila setiap kali keputusan UPSR diumumkan. Pelajar yang gagal terus 'dicop' sebagai murid pemulihan khas. Adakah mereka bercakap dengan melihat data secara lengkap? Tidak dinafikan memang pelajar pemulihan khas 'menyumbang' kepada kegagalan tetapi apa pula alasan 'mereka' kalau yang gagal itu pelajar arus perdana?
Untuk menutup kelemahan 'mereka' maka terciptalah ayat ini, " murid pemulihan yang menjatuhkan peratus kelulusan'. Ke mana jari dituding? Sudah pasti ke arah GPK. GPK tetap bersabar kerana hanya satu jari sahaja bagi setiap seorang yang menuding kepada mereka tetapi empat jari lagi menuding ke arah 'mereka' sendiri. Itu cerita pada suatu ketika dahulu.
Tidak disangkal 'dalam setandang kelapa pasti ada yang komeng'. Itulah realitinya di kalangan GPK tetapi situasi yang sama juga berlaku kepada guru arus perdana. Cerita hari ini cukup mudah, GPK merupakan antara guru terbaik di sekolah dan ada ramai yang menjadi pakar rujuk dalam ilmu pendidikan di sekolah. Malah langkah KPM memberikan penumpuan kepada masalah buta huruf menjadikan Guru Besar tidak rela diri mereka menjadi antara 'penerima surat tunjuk sebab'. Guru Besar yang tidak mahu terperangkap dalam masalah ini bertindak bijak dengan melantik guru terbaik sebagai GPK. KPM juga telah menempatkan ramai GPK DG41 di sekolah-sekolah.
Kini segalanya terpulang kepada GPK sendiri sama ada membenarkan kata-kata bahawa GPK di kalangan guru bermasalah atau merealisasikan kebenaran bahawa GPK berkhidmat dengan penuh amanah, jujur, bertanggungjawab dan dedikasi serta yang terbaik di kalangan rakan seperjuangan di sekolah. Kita bertemu lagi pada Bahagian 2 minggu depan.

Monday, January 24, 2011

DOA BUAT CIKGU AYOB (JU PEMULIHAN PONTIAN)


Pada kesempatan ini marilah kita bersama-sama mendoakan agar Cikgu Ayob iaitu Jurulatih Utama Pemulihan Khas Daerah Pontian segera sembuh dari kesakitan yang telah beliau alami sejak 3 minggu lalu. Cikgu Ayob mengalami kes sel darah merah pecah. Hampir 2 minggu beliau terlantar di hospital dan kini telah pulih sedikit dan diberikan cuti sakit di rumah.
Berdasarkan apa yang telah diceritakan kepada saya, sesungguhnya kecekalan dan ketabahan Cikgu Atob melawan kesakitan yang dialaminya amat dikagumi. Ramai di kalangan rakan guru pemulihan khas tidak tahu tentang masalah cikgu Ayob ini sehinggalah saya dihubungi oleh Puan Norzalina bt Nasir, Timbalan Pengarah Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia memaklumkan tentang apa yang telah berlaku kepada Cikgu Ayob.
Marilah kita bersama-sama mendoakan kesihatan beliau kembali pulih dan dapat meneruskan bakti kepada murid pemulihan khas. Rakan-rakan juga boleh melawat beliau di Pontian atau menghubungi beliau untuk memberikan sokongan dan bertanya khabar melalui talian 0197124781.

Wednesday, January 12, 2011

MENGEMASKINI DATA PEMULIHAN MELALUI EMIS ONLINE DAN MUAT TURUN BORANG SOAL SELIDIK PEMULIHAN KHAS

Kepada guru-guru Pemulihan Khas Daerah Mersing dan negeri Johor, sila klik di bawah untuk memuat turun maklumat seperti di atas.

Mengemaskini Data Pemulihan Melalui Emis Online


Untuk muat turun borang soal selidik Guru Pemulihan Khas, sila klik tajuk di bawah:

Borang Soal Selidik Guru Pemulihan Khas

Terima kasih.

PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS DAN INTERVENSI (P1NCH) TAHUN 2011

Sila muat naik maklumat berikut dengan klik pada tajuk di bawah:

PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS DAN INTERVENSI TAHUN 2011

Terima kasih.

Wednesday, January 5, 2011

GUNAKAN MODUL LINUS TAHUN 2



Salam buat rakan-rakan Pemulihan Khas. Ramai di kalangan guru-guru Pemulihan Khas telah memulakan pengajaran dan pembelajaran LINUS Pemulihan Tahun 2. Sekadar mengingatkan kembali, gunakan modul LINUS Tahun 2 sebagai modul utama dan modul lain sebagai modul tambahan yang membantu melancarkan proses pemulihan.
Modul LINUS Tahun 2 masih belum diedarkan lagi tapi sebagai membantu guru-guru Pemulihan Khas melaksanakan tanggungjawab mereka, sila dapatkan draf modul LINUS Tahun 2 daripada FasiLINUS di PPD masing-masing. FasiLINUS yang pernah berkursus di Melaka (Zon Selatan) pasti memiliki draf modul tersebut. Guru-guru boleh fotostat modul tersebut sebagai pemudah dan panduan untuk guru-guru Pemulihan Khas melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Rancangan Pelajaran Harian bagi LINUS Pemulihan juga mestilah mengikut RPH LINUS. Guru-guru Pemulihan Khas boleh mendapat maklumat dan contoh RPH LINUS daripada guru-guru di sekolah masing-masing yang telah mengikuti Kursus LINUS Tahun 2 pada akhir tahun 2010. Selamat menjalankan tugas.

Saturday, January 1, 2011

LINUS TEGAR 2011

Salam Tahun Baru 2011 buat semua rakan pendidik Pemulihan Khas. Cabaran tetap menanti dan pastinya semua telah bersedia awal. InsyaAllah Tahun 2011 ini bersama-samalah kita sifarkan LINUS tegar dan paling baik, kita sebagai Guru Pemulihan Khas bersatu dan bekerjasama bertukar-tukar teknik dan kaedah mengajar bagi memastikan ianya menjadi realiti.
Ingat!!! Gunakan MODUL MURID LINUS Tahun 2 sebagai modul utama sepanjang kita melaksanakan pengajaran dan pembelajaran LINUS tegar Tahun 2. Modul lain juga boleh digunakan tetapi sebagai modul tambahan untuk membantu modul utama.
Di manakah modul murid LINUS Tahun 2 boleh didapati? FasiLINUS atau Pegawai Meja LINUS di PPD akan maklumkan apabila ianya telah dibekalkan oleh KPM. Sementara itu, draf modul tersebut boleh didapati daripada guru Tahun 2 yang telah mengikuti kursus LINUS Tahun 2 sebelum dan semasa cuti sekolah yang lepas.
Selamat Bertugas.