Monday, December 28, 2009

Selamat Bertugas

Salam. Kembali bertemu dan masing-masing kini sedang sibuk mempersiapkan diri untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran pada minggu hadapan. Saya baru pulang dari Terengganu dan juga Batu Pahat. Walaupun cuti amat singkat (buat diri saya) namun gembira tidak terkata apabila melihat isteri dan anak-anak gembira. Kini sudah ramai rakan-rakan guru telah kembali ke sekolah dan ada yang telah memulakan kelas tambahan. Guru Hebat. Di sekolah saya sendiri kelas tambahan untuk Tahun 6 2010 telah dimulakan pada hari Isnin (28.12.2009).
Selamat kembali dan memulakan tugas sebagai pendidik yang terbaik. InsyaAllah.

Wednesday, December 16, 2009

KURSUS FASILINUS PEMULIHAN

Tahniah!!! Pemulihan Khas telah maju setapak lagi. Saya difahamkan pada Januari 2010, satu kursus JU Linus Pemulihan akan diadakan. Literasi dan Numerasi memang dan sinonim dalam pemulihan khas. Sejak dulu lagi guru-guru pemulihan khas melaksanakan pemulihan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Sesungguhnya guru-guru Pemulihan Khas masa kini lebih beruntung kerana melalui LINUS Tahun 1, pastinya akan berlaku pengurangan secara mendadak masalah buta huruf dan nombor. Jadi, apabila memasuki Tahun 2, dijangka jumlah yang akan masuk ke pemulihan khas berkurangan. Pastinya guru pemulihan khas ialah peneraju utama ke arah 100% celik huruf menjelang akhir tahun 2012. Guru Pemulihan yang cemerlang pastinya dapat menjalankan tanggungjawab ini. Kepada guru pemulihan khas Johor.... anda cemerlang P1NCH akan berjaya. Salam.

Friday, December 11, 2009

Melatih Fasilinus Bahasa Melayu Zon Selatan

Di Hotel Seri Pelangi, Muar, Johor.

Friday, October 23, 2009

TAMAT LINUS 2




Selepas beberapa hari memerah otak dan idea, LINUS untuk Bahasa Melayu telah berjaya dimurnikan. Pada 9-11 November di Permai Inn, Kuala Terengganu ianya akan diuji untuk menentukan keberkesanannya.


Rasa bangga dengan rakan-rakan yang bertungkus lumus menyiapkan modul ini. Oklah dah penat. Nak simpan tenaga nak drive balik.

Tuesday, October 13, 2009

Pemulihan Dalam Bilik Darjah

Tuan PPD Mersing


Pada 14 Oktober 2009, Kursus P1NCH dan Pemulihan Dalam Bilik Darjah Peringkat Daerah Mersing diteruskan. Kali ini guru-guru Matematik Tahun 6 dan Matematik Tingkatan 3 pula yang akan didedahkan secara terperinci. Road show yang telah dilaksanakan sejak minggu lalu banyak memberikan impak yang positif. Tahniah kepada yang terpilih untuk mengikuti kursus ini.

KEINSAFAN DARI GEMPA BUMI DI PADANG, SUMATERA









Kebesaran Kuasa Allah S.W.T. tidak dapat ditandingi oleh seluruh kehidupan. Kemungkaran Allah datang tanpa kita sedari. Insafi diri kita. Kembalilah ke jalan yang benar. Kita bersimpati dengan apa yang berlaku kepada saudara serumpun kita di sana. Jadikanlah kemusnahan yang berlaku akibat gempa bumi di Sumatera sebagai satu tanda dan ingatan daripada Allah. Jauhi terus dosa dan perkara-perkara mungkar. Bersama menghapuskan kemaksiatan. Bimbinglah ke jalan yang benar dan lurus kepada hamba Allah yang telah tersesat jalan keimanan. Insaflah.Ingatan ini saya tujukan kepada diri sendiri dan rakan-rakan lain.


Perjuangan JU Pemulihan Khas


Kursus Pemulihan Dalam Bilik Darjah Daerah Mersing




Bertemu lagi. Kali ini saya terpanggil untuk membicarakan mengenai situasi JU Pemulihan dalam masa seminggu dua ini. Dalam usaha memartabatkan pemulihan khas agar dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan memastikan matlamat sifar buta huruf tercapai, JU Pemulihan Khas di seluruh Johor diarahkan mengadakan kursus pemulihan dalam bilik darjah dan penerangan mengenai P1NCH ke akar umbi.








Setiap Sabtu pula mereka dijemput sebagai penceramah Pemulihan Dalam Bilik Darjah untuk LDP sekolah-sekolah di sekitar daerah masing-masing. Setiap hari dari pagi hingga lewat petang mereka berjuang memberikan penerangan, bimbingan dan tunjuk ajar kepada semua guru KIA2M, Guru Protim, Guru Bahasa Melayu dan Matematik Tahun 2,3,4,5 dan 6.






Semua ini dilakukan demi memastikan perjalanan memulihkan pelajar yang gagal menguasai 3M dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah, telus dan menyeluruh. Kerap kali semakin sukar menjawab soalan anak-anak apabila bertanya, "Hari ni ayah/ibu ke mana pula?", "Ayah/ibu balik bila?", "Berapa hari ayah/ibu pergi?" dan pelbagai pertanyaan lagi. Itu belum si isteri atau suami bertanya. Kepada rakan-rakaan JU, selamat berjuang dan keikhlasan kita amat diharapkan. Ketepikan rasa penat. Kita profesional. Urusan rumahtangga dan urusan kerjaya telah lama kita dapat atasi. Bravo.

Friday, October 9, 2009

Aktiviti Ko Akademik Pemulihan Khas Peringkat Kebangsaan



Tarikh : 1-5 November 2009


Lokasi : Desaru Golden Beach Resort


Jumlah Pelajar : 167 orang




Aktiviti:


1. Pertandingan Membina Jati Diri


2. Pertandingan Mencabar Minda


3. Pertandingan Mencari Harta Karun


4. Kembara Alam


5. Kuiz Pintar Mengira


6. Persembahan Kebudayaan


7. Sukaneka


8. Malaysia Cergas



Program KoAkademik Pemulihan Khas Peringkat Kebangsaan 2009






Pada 1-5 November 2009, satu aktiviti besar iaitu program ko akademik pemulihan khas peringkat kebangsaan akan diadakan di Desaru Golden Beach Resort, Desaru, Johor. Satu lagi program besar yang dikendalikan oleh Otai-otai pemulihan khas negeri Johor. Sebelum ini Program Cekap peringkat Kebangsaan juga dikendalikan oleh Johor. JOHOR HEBAT!!!!






Pada 9 Okt. 2009, Mesyuarat penyelarasan 1 telah diadakan di SK Air Hitam, Batu Pahat. Mejar Sazali seperti biasa menjadi penghulu dan hulubalang bagi program ini. Saya kagum dengan Mejar Sazali yang tidak pernah mengenal erti penat dalam menjayakan agenda pemulihan khas. Mesyuarat berikutnya:
19-20 Okt. 2009 di Desaru Golden Beach Resort
26-28 Okt. 2009 di Desaru Damai Beach Resort

Thursday, August 20, 2009

Kisah bekas penghidap selsema babi

Saya rasa bertuah kerana dapat menemui seorang guru yang pernah disahkan positif selsema babi (H1N1). Dalam perbualan dengan beliau, keadaannya masih lagi batuk-batuk berpanjangan dan pucat. Ketika menceritakan pengalaman beliau, jelas terpancar keikhlasan agar pengalaman beliau dikongsikan kepada orang lain agar ianya dapat dicegah dengan serius.
Beliau pernah dikuarantin di hospital (rahsia) selama seminggu, kemudian tambahan 4 hari lagi dan seterusnya dikuarantin di rumah selama seminggu lagi. Menceritakan detik-detik cemas, ianya bermula daripada demam panas selama 2 hari diikuti batuk dan selsema. Apa yang ketara, air hidung meleleh tanpa henti (seperti air hidung babi yang selalu meleleh... kata beliau). Demamnya tidak kebah-kebah dan seluruh badan terasa amat bisa hingga tidak termampu nak digambarkan.
Dalam masa 3 hari demam, beliau terus ke hospital. Semasa mendaftar sebagai pesakit beliau pengsan di kaunter. Pengalaman beliau semasa di hospital amat menakutkan kerana kata beliau, sebelah kaki telah melangkah ke alam maut. Saya ada bertanya dari mana beliau mendapat virus tersebut. Jawapannya..... beliau pun tak tahu. Katanya, sebelum demam, beliau hanya ke sekolah mengajar, ke pusat beli belah membeli keperluan, ke pasar dan selebihnya di rumah.
Di sini saya ingin memberikan pendapat, secara hakikatnya selsema babi ini amat serius dan yang pasti ianya BOLEH MERAGUT NYAWA pada bila-bila masa. Datangnya sukar dikesan. Satu lagi untuk renungan kita bersama, dalam Al-Quran ada menceritakan tentang penyakit yang dibawa babi. Melihat keadaan guru tersebut, saya amat insaf dan sedar kita mesti serius menanganinya. Mulakan dengan pemakaian topeng muka. Jangan mendedahkan diri di tempat awam tanpa hal penting. Selebihnya gunakan kewarasan fikiran.