Wednesday, October 12, 2011

KURSUS ASAS GURU PEMULIHAN KHAS NEGERI JOHOR

Kursus Asas Guru Pemulihan Khas Negeri Johor akan diadakan pada 17-19 Oktober dan 19-21 Oktober, melibatkan semua guru pemulihan khas yang belum pernah mengikuti sebarang kursus asas pemulihan khas. Kumpulan pertama akan berkursus pada 17-19 Oktober 2011 diikuti kumpulan kedua pada 19-21 Oktober 2011. Kursus ini akan diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor. Peserta yang terlibat telah menerima surat. 
Kursus ini dikendalikan oleh Jurulatih Utama Pemulihan Khas Kebangsaan dan Negeri Johor. Semua peserta kursus diingatkan agar membawa komputer bimbit, wayar tambahan, 'external hardisk' / 'pendrive (4 GB ke atas)/DVD-R, salinan buku bank gaji dan surat panggilan kursus. Semoga kursus ini dapat memberikan impak yang cemerlang untuk guru pemulihan khas.

TAKLIMAT PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS BAGI DAERAH MERSING

TAKLIMAT PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS BAGI DAERAH MERSING
 
Tindakan      :Semua Guru Pemulihan Sekolah Rendah Daerah Mersing
Tarikh:11-10-2011
Unit:PENGURUSAN SEKOLAH
Oleh:En. Nizar Bin Awang


Maklumat:Berhubung dengan perkara di atas adalah dirujuk dan jelas maksudnya.

Taklimat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan seperti di bawah ini :

Tarikh : 17 Oktober 2011
Hari : Isnin
Masa : 8.30 pagi
Tempat : PKG Bandar Mersing

Kehadiran amatlah diharapkan .

Terima kasih .

Tuesday, October 4, 2011

LINUS SARINGAN 3 DAN 6

LINUS (SARINGAN 3 DAN 6)
 
Tindakan      :GURU BESAR DAN PENYELARAS LINUS SEKOLAH RENDAH DAERAH MERSING
Tarikh:03-10-2011
Unit:KURIKULUM
Oleh:En. Mahadi Bin Mohamad


Maklumat:Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Saringan 3 dan 6 Program Literasi dan Numerasi (LINUS) tahun 2011.

2. Makluman kepada semua guru-guru LINUS, saringan 3 dan 6 akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

2.1 Perkara : Lisan dan Membaca
Tarikh : 2 Okt hingga 21 Okt 2011

2.2 Perkara : Menulis dan Bertulis
Tarikh : 30 Okt hingga 4 Nov tahun 2011

2.3 Perkara : Kemasukan Data ke Portal NKRA
Tarikh : 7 Nov hingga 11 Nov tahun 2011

3. Untuk makluman tuan, soalan saringan lisan numerasi dan literasi telah diedarkan kepada peserta kursus KSSR Pendidikan Kesihatan sekolah tuan. Penyelaras LINUS boleh dapatkan soalan tersebut dari guru-guru yang terlibat

4. Sebarang pertanyaan sila hubungi FasiLINUS di PPD Mersing ditalian 0137231974.


Sekian, terima kasih.

Wednesday, August 3, 2011

BAHAN INTERAKTIF KELUARAN M3P JOHOR

M3PJohor telah menghasilkan bahan interaktif Literasi dan Numerasi untuk kegunaan LINUS, Pemulihan Khas dan Pra Sekolah. Bahan interaktif yang dihasilkan oleh Jurulatih Utama Pemulihan Khas Negeri Johor ini kini telah boleh dimiliki. Ianya mengandungi 3 CD interaktif dan buku panduan Literasi, Numerasi dan Kamus LINUS. Harganya RM60.00 (tidak termasuk kos pos) Sila rujuk kepada JU Pemulihan Khas Daerah masing-masing. Juga boleh hubungi saya di 0197649701.




Friday, July 29, 2011

PENGHANTARAN DATA P1NCH

Hari ini 29 Julai 2011 ialah tarikh akhir menghantar data P1NCH bagi murid pemulihan khas Tahun 3,4,5, dan 6. Harap dapat bertindak segera. Hantarkan kepada PPPD Pendidikan Khas daerah. Selamat berjuang.

Wednesday, July 13, 2011

DATA MURID YANG TIDAK MENGUASAI 3M ( P1NCH ) BIL. 2/2011

                                                                             Ruj. Kami : JPNJ.PEM(47)/600-8/2/1(26)
                                                                            Tarikh       :  7 Julai, 2011.


Pegawai Pelajaran Daerah
Negeri Johor
( u.p : Semua Pengetua dan Guru Besar )


Tuan,

DATA MURID YANG TIDAK MENGUASAI 3M ( P1NCH ) BIL. 2/2011.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.            Untuk makluman tuan, Unit Pemulihan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Johor sedang mengemaskini data murid yang tidak menguasai asas 3M di sekolah rendah dan menengah negeri Johor. Pengumpulan data berkenaan dapat membantu Unit Pemulihan Khas mengambil tindakan untuk merancang dan meningkatkan keberkesanan Program 100% Celik Huruf di seluruh negeri Johor.

3.            Ujian tersebut hendaklah menggunakan IPP2M/IKAM Rendah dan II2M/IKAM Menengah yang telah dibekalkan ( Tahun 2 menggunakan Saringan 5 LINUS ) . Bersama-sama surat ini disertakan Borang Maklumat Murid Tidak Menguasai Asas 3M dan Rumusan Murid Tidak Menguasai Asas 3M yang perlu diisi oleh pihak sekolah dan dikembalikan kepada Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing ( u.p : PPPD Pendidikan Khas ) sebelum atau pada 29 Julai, 2011. Borang tersebut juga boleh dimuat turun di sini (untuk mendapat borang klik disini)

4.                   Sebarang pertanyaan berkaitan perkara tersebut, sila hubungi En. Shahiran bin Kamaruddin, Penyelia Pemulihan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Johor di talian 07 2310084 atau 019 7784357.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan. Terima kasih.

Monday, May 9, 2011

NASIB SEORANG YANG BERNAMA GURU PEMULIHAN KHAS

Salam buat semua setelah sekian lama tidak bersua. Tahniah kepada  semua guru pemulihan khas Mersing kerana kecemerlangan dalam mendidik pelajar LINUS Tegar. Dalam pemantauan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti ke daerah Mersing pada 18-21 April lalu, dilaporkan guru pemulihan khas telah melaksanakan LINUS dengan cemerlang. Tahniah !!!
Sedang kita di Mersing dipuji, saya ingin berkongsi cerita sedih seorang rakan di daerah lain yang sekolahnya didatangi jemaah nazir. Ketika kehadiran mereka, rakan kita ini merupakan Jurulatih Utama Pemulihan Khas Kebangsaan dan pada hari itu berada di sebuah negeri kerana sedang membentangkan Lembaran Kerja Matematik Pemulihan Khas yang akan digunakan di seluruh negara. 
Semasa ketiadaannya di sekolah, guru LINUS di sekolahnya memberikan respon yang seolah-olah menandakan bahawa rakan kita ini tidak memberikan bantuan kepada guru LINUS. Hakikatnya semasa rakan kita ini berada di sekolah, banyak bahan bantu telah diberikan kepada guru LINUS ini untuk digunakan sebagai bahan tambahan selain modul LINUS.
Rentetan daripada itu, difahamkan laporan yang dibuat ialah Guru Pemulihan Khas ini tidak melaksanakan P&P dan selalu keluar berkursus. Laporan seperti ini seolah-olah membunuh kerjaya rakan kita ini. Fakta sebenarnya ialah tiada lagi murid LINUS Tegar di kelas Pemulihan Khas rakan kita ini. Beliau telah berjaya dalam melaksanakan tugasnya apabila pelajar LINUS Tegarnya telah ke arus perdana. Pelajar pemulihan khas Tahun 3 hanya tinggal 2 orang. Adakah semua fakta ini tidak diambil kira dalam mempertimbangkan laporan yang akan dibuat? Akhirnya rakan kita ini yang pada ketika itu sedang memerah otak untuk melahirkan sebuah lembaran kerja yang akan diguna pakai di seluruh negara tidak mendapat pembelaan daripada rakan setugas iaitu guru LINUS yang banyak mengaut BBM yang dibina oleh rakan kita ini. Malah rakan kita ini digambarkan oleh rakan setugasnya tidak membantu guru LINUS.

Inilah nasib rakan kita. Suka menolong dan membantu rakan di sekolah tapi kesudahannya, periuk nasinya bagaikan dituang pasir oleh rakan setugas yang telah banyak 'membaham' BBM yang dibina dan dibuat oleh rakan kita ini. Malang lagi, segala pengorbanan beliau memperjuangkan nasib rakan pemulihan khas seluruh negara dalam penglibatannya membina lembaran kerja pemulihan khas dan akan diguna pakai di semua kelas pemulihan khas seluruh negara, tidak diendahkan langsung oleh pemantau. 
Mengikut satu surat yang dihantar ke sekolah-sekolah sebelum pemantauan LINUS, guru-guru terlibat tidak dibenarkan bercuti atau berkursus semasa pemantauan dilakukan kecuali di peringkat negeri dan kebangsaan. Salahkan tindakan rakan kita ini ? Satu laporan yang tidak tepat oleh rakan setugas telah terpalit rekod perkhidmatan rakan kita ini. Begitu senang dan mudah menjatuhkan rakan yang tiada untuk membela diri. Pada pengamatan saya mudah sahaja, mungkin ini caranya guru LINUS tersebut melepaskan dirinya yang tersepit kerana kelemahannya.
Akhirnya, derita ini ditanggung sendirian oleh rakan kita ini. Kepulangannya berjuang untuk negara dihampar dengan duri yang bisa. Hancur berkecai semangat rakan kita ini untuk mencipta gemilang dalam bidang pemulihan khas. Siapa yang nak dipersalahkan? Harap rakan-rakan guru pemulihan khas di seluruh negara memberikan sokongan dan semangat buat rakan kita ini. Jadikanlah rakan ketawa ramai, rakan menangis pun ramai dan akan membantu membina semula kekuatan diri rakan kita ini. Beliau seorang guru pemulihan khas yang berwawasan, kreatif dan bertanggungjawab. 
Pengajaran yang boleh diguna  pakai di sini ialah, selepas ini semua bantuan yang guru pemulihan khas berikan kepada guru LINUS MESTILAH didokumentasikan dan ditandatangani walaupun guru itu rakan baik kita sendiri. Mungkin semasa kita ada, semua ok tapi lihatlah apa yang terjadi kepada rakan kita ini. Inilah nasib guru yang dijenamakan GURU PEMULIHAN KHAS. Sebaik mana pun prestasi kita dalam bidang ini, ianya akan musnah sekiranya tiada 'budi bahasa' daripada rakan setugas dan paling terkejut, tiada langsungkah pertimbangan dibuat tentang jasa dan kecemerlangan sebelum laporan 'buruk' dicatat? Dalam situasi sebegini, di mana peranan 'pembelaan' daripada pihak pentadbiran sekolah ketika guru ini tiada untuk membela diri? Atau pihak pentadbiran sekolah tidak tahu pun guru ini banyak berjasa? Ketika guru LINUS mengadu dengan aduan tidak tepat, di mana pentadbir? Adakah pihak pemantau ada bertanya kepada pentadbir mengenai latar belakang rakan kita ini? Semua persoalan ini sukar dijawab oleh kita kerana terpancar kepada kita kelemahan semua pihak. Tiada penyelarasan. Akhirnya..... mangsa situasi ini ialah seorang guru pemulihan khas yang menjalankan tugas besar di peringkat kebangsaan yang pada ketika itu tidak ada semasa pemantauan LINUS yang kebetulan tiada kaitan dengannya kerana semua murid LINUS Tegarnya telah melepasi saringan. 
Memang benar kata pakar motivasi, 'memusnahkan periuk nasi orang amat mudah, tapi hanya orang-orang yang tidak beriman sahaja yang sanggup melakukannya'.