Thursday, January 5, 2012

DOAKAN KESIHATAN RAKAN GURU PEMULIHAN

Pada 27 Disember 2011 yang lalu, seorang rakan kita iaitu guru Pemulihan Khas SK Simpang Renggam, saudara Razali bin Ali (Naib Pengerusi M3P Johor) telah dimasukkan ke wad di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Sehingga hari ini beliau masih berada di wad tersebut. Pada awalnya beliau disyaki kencing manis tetapi ada beberapa keganjilan terutamanya pada tangan kanan beliau. Sila lihat gambar yang saya sertakan ini.
Gambar ini dimuat naik setelah mendapat keizinan daripada Encik Razali sendiri

Ketika rakan kita ini menghadapi dugaan sebegini, M3P amat berharap rakan-rakan guru Pemulihan Khas dapat membantu beliau dan keluarga. Ketika saya melawat beliau di HSA pada 2 Januari lalu, keadaan beliau amat ceria dan sihat. Saya sentiasa memantau perkembangan beliau. Pada 3 Januari 2012, Pn. Norzalina bt Nasir, Timbalan Pengarah Pendidikan Khas KPM telah dihubungi bagi memaklumkan keadaan saudara Razali ini. Keprihatinan Puan Norzalina amat dihargai kerana pada hari itu juga Puan Norzalina bergegas ke HSA melihat keadaan Encik Razali. Pada petang itu juga Puan Norzalina bergegas pulang ke Putra Jaya dan akan berusaha membantu saudara Razali. Alhamdulillah ada juga pembelaan buat seorang insan bergelar Guru Pemulihan. Terima kasih Puan Norzalina.
Pada 4 Januari, selepas subuh jari hantu saudara Razali telah dipotong oleh doktor. Kini keadaannya stabil walaupun sekali sekali beliau mengalami masalah ketidakstabilan bacaan kadar denyutan nadi. Saya mewakili warga Guru Pemulihan Khas Johor merangkap Pengerusi M3P Johor merayu bantuan dan sumbangan paling ikhlas iaitu mendoakan kesihatan dan panjang umur serta sekiranya berkemampuan melakukan solat hajat buat saudara Razali bin Ali ini. Rakan-rakan yang terdekat bolehlah melawat saudara kita ini di HSA di Aras 2 wad otopedik.

No comments:

Post a Comment