Friday, July 30, 2010

KURSUS ASAS P1NCH BAKAL JU PEMULIHAN KHAS JOHOR

Dijalankan pada 26-29 Julai 2010 di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan, Bandar Tenggara, Kulaijaya. Seramai 20 orang guru Pemulihan Khas dan 10 orang guru Intervensi terlibat dalam kursus ini.

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME JU PEMULIHAN KHAS JOHOR

Pada 26-29 Julai 2010, Jurulatih Utama Pemulihan Khas Negeri Johor telah menghadiri kursus anjuran Pendidikan Khas KPM  di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan di Bandar Tenggara, Kulaijaya. Dalam kursus ini, JU Pemulihan Khas Johor telah diamanahkan oleh Unit Pemulihan Khas KPM membina modul Pemulihan Khas. Seperti lazimnya, apabila membina modul, pasti pengorbanan masa perlu dibuat. Semua bersengkang mata dan ada di antara JU Pemulihan Khas Johor tidur bersama-sama komputer bimbit masing-masing sehingga jam 5 pagi. Inilah salah satu pengorbanan kecil yang telah dilakukan oleh JU Pemulihan Khas demi memartabatkan Pemulihan Khas di seluruh Negara. Terima kasih kepada Puan Nor Zalina, Timbalan Pengarah Pendidikan Khas KPM dan Puan Hajjah Zaleha, Ketua Unit Pemulihan Khas KPM.

Wednesday, July 21, 2010

KURSUS GURU-GURU INTERVENSI DAN PEMULIHAN KHAS DAERAH MERSING

Tepat jam 9.00 pagi, 21 Julai 2010, semua guru Intervensi dan Pemulihan Khas daerah Mersing mula berkursus. Kursus ini diadakan selama dua hari yang akan berakhir esok (22 Julai 2010). Fokus utama kursus ini ialah pembinaan bahan bantu mengajar. Semasa taklimat awal, semua guru Intervensi dan Pemulihan Khas daerah Mersing telah tahu tanggungjawab mereka datang ke kursus ini. Ini satu reaksi positif yang bersesuaian dengan Guru Intervensi dan Pemulihan Khas Mersing HEBAT.

TAKLIMAT AWAL

Thursday, July 15, 2010

KURSUS GURU-GURU INTERVENSI DAN PEMULIHAN KHAS

KURSUS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KURIKULUM GURU INTERVENSI SEKOLAH MENENGAH DAN GURU PEMULIHAN KHAS DAERAH MERSING 2010


Tindakan : SEMUA GURU INTERVENSI DAN GURU PEMULIHAN KHAS DAERAH MERSING
Maklumat : Berhubung dengan perkara di atas adalah dirujuk dan jelas maksudnya .

Kursus tersebut akan diadakan mengikut ketetapan seperti di bawah ini ;
Tarikh : 21 hingga 22 Julai 2010

Hari : Rabu dan Khamis

Masa : 9.00 pagi- 4.30 petang

Tempat: PKG Bandar Mersing

Kehadiran: Diwajibkan.
Sila bawa kelengkapan berkursus seperti alatan menulis,komputer riba,pen drive dan sebagainya jika perlu .

Wednesday, July 7, 2010

Bengkel Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Guru Intervensi Negeri Johor

Semua guru Intervensi Sekolah Menengah Daerah Mersing diwajibkan hadir untuk bengkel tersebut pada ketetapan berikut:
Tarikh : 15 Julai 2010
Hari : Khamis
Masa : 9.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : PKG Bandar Mersing