Wednesday, February 15, 2012

MODUL LINUS TAHUN 3

Alhamdulillah dapat juga saya muat naik Modul LINUS Tahun 3 secepat mungkin. Klik di bawah:




Harap dapat membantu kelancaran guru-guru untuk mengajar.

Wednesday, February 8, 2012

Borang Data

Muat turun borang maklumat data 3M/P1NCH berikut:


http://www.moe.gov.my/jpnjohor/v6/index2.php?UT=6&MN=25

DATA MURID YANG TIDAK MENGUASAI ASAS 3M ( P1NCH ) BIL. 1/2012

DATA MURID YANG TIDAK MENGUASAI ASAS 3M ( P1NCH ) BIL. 1/2012
 
Tindakan      :SEMUA GURU PEMULIHAN DAN GURU INTERVENSI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DAERAH MERSING
Tarikh:08-02-2012
Unit:PENGURUSAN SEKOLAH
Oleh:En. Nizar Bin Awang


Maklumat:Dengan segala hormatnya surat daripada JPNJ.PEM(47)/600-8/2/1(31) adalah dirujuk.
Sila dapatkan Borang Maklumat Murid Tidak Menguasai Asas 3M dan Rumusan Murid Tidak Menguasai Asas 3M di dalam Portal JPN Johor .

Borang yang telah dilengkapi hendaklah di hantar terus kepada PPD( UP:PPPD Pendidikan Khas Encik Nizar bin Awang sebelum atau pada 16 Februari, 2012 untuk tindakan penyelarasan peringkat daerah .

Sekian terima kasih.

    

Monday, January 30, 2012

Salam. Guru Pemulihan Khas SK Simpang Renggam, Kluang, Allahyarham Razali bin Ali telah kembali ke Rahmatullah pada jam 5.25 pagi, 29 Januari 2012 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Al-Fatihah. 
Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah dan bacaan surah Yassin sebagai sumbangan ikhlas kita kepada  Allahyarham. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi Allahyarham Razali.
Di sini saya menyampaikan salam dan terima kasih ahli keluarga Allahyarham yang begitu terharu dengan keprihatinan dan sumbangan kewangan daripada semua warga Pemulihan Khas serta warga pendidik seluruh Johor yang pemurah dan ikhlas. Semua kos perubatan di HSA dan pengurusan jenazah Allahyarham telah didahulukan pembayarannya oleh M3P Johor sebagai satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan. 
Ibu Allahyarham Razali mengucapkan terima kasih kepada semua guru di Johor, KPM, JPNJ dan PPD Kluang yang amat prihatin dan mengambil berat terhadap Allahyarham sepanjang dirawat di HSA. Beliau terharu dengan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh M3P Johor dan mendoakan agar ikatan kekeluargaan dalam M3P Johor dapat diteruskan sepanjang masa. 
Inilah kita sebagai insan, kita membantu sedaya yang mampu ketika kita mampu melaksanakannya. Tapi harus diingat, jangan mengharapkan balasan bagi setiap apa yang kita bantu. Ikhlas dan bertanggungjawab, InsyaAllah kita adalah insan bermaruah di bumi ini.

Saturday, January 28, 2012

Salam. Rakan-rakan ahli M3P Johor  yang dihormati sekelian. M3P Johor mempunyai facebook yang dikhaskan untuk ahli-ahlinya. Alamatnya:
m3pjohor@groups.facebook.com

Thursday, January 19, 2012

Alhamdulillah dengan berkat doa dan solat hajat rakan-rakan, kesihatan Cikgu Razali pulih sedikit. Inilah kebesaran Allah S.W.T. Cikgu Razali mengucapkan terima kasih kepada semua rakan yang memberikan sumbangan doa, solat hajat dan kewangan secara ikhlas kepadanya. Terima kasih juga kepada Jabatan Pelajaran Negeri Johor yang amat prihatin kepada masalah kronik yang dialami oleh Cikgu Razali. Terima kasih kepada semua kerana keikhlasan yang telah diberikan. Semoga Cikgu Razali segera sembuh. Untuk pengetahuan semua, contoh darah Cikgu Razali telah dihantar ke Australia untuk ujian makmal kerana pakar di negara kita tidak dapat mengesan apakah permasalahan utama penyakit Cikgu Razali. 
Terima kasih juga kepada Puan Norzalina bt Nasir, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia yang sentiasa mengambil berat tentang Cikgu Razali.

Thursday, January 5, 2012

DOAKAN KESIHATAN RAKAN GURU PEMULIHAN

Pada 27 Disember 2011 yang lalu, seorang rakan kita iaitu guru Pemulihan Khas SK Simpang Renggam, saudara Razali bin Ali (Naib Pengerusi M3P Johor) telah dimasukkan ke wad di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Sehingga hari ini beliau masih berada di wad tersebut. Pada awalnya beliau disyaki kencing manis tetapi ada beberapa keganjilan terutamanya pada tangan kanan beliau. Sila lihat gambar yang saya sertakan ini.
Gambar ini dimuat naik setelah mendapat keizinan daripada Encik Razali sendiri

Ketika rakan kita ini menghadapi dugaan sebegini, M3P amat berharap rakan-rakan guru Pemulihan Khas dapat membantu beliau dan keluarga. Ketika saya melawat beliau di HSA pada 2 Januari lalu, keadaan beliau amat ceria dan sihat. Saya sentiasa memantau perkembangan beliau. Pada 3 Januari 2012, Pn. Norzalina bt Nasir, Timbalan Pengarah Pendidikan Khas KPM telah dihubungi bagi memaklumkan keadaan saudara Razali ini. Keprihatinan Puan Norzalina amat dihargai kerana pada hari itu juga Puan Norzalina bergegas ke HSA melihat keadaan Encik Razali. Pada petang itu juga Puan Norzalina bergegas pulang ke Putra Jaya dan akan berusaha membantu saudara Razali. Alhamdulillah ada juga pembelaan buat seorang insan bergelar Guru Pemulihan. Terima kasih Puan Norzalina.
Pada 4 Januari, selepas subuh jari hantu saudara Razali telah dipotong oleh doktor. Kini keadaannya stabil walaupun sekali sekali beliau mengalami masalah ketidakstabilan bacaan kadar denyutan nadi. Saya mewakili warga Guru Pemulihan Khas Johor merangkap Pengerusi M3P Johor merayu bantuan dan sumbangan paling ikhlas iaitu mendoakan kesihatan dan panjang umur serta sekiranya berkemampuan melakukan solat hajat buat saudara Razali bin Ali ini. Rakan-rakan yang terdekat bolehlah melawat saudara kita ini di HSA di Aras 2 wad otopedik.