Thursday, November 18, 2010

BEKAS PELAJAR PEMULIHAN KHAS DIKATAKAN GAGAL?


Banyak aduan daripada rakan seperjuangan di Pemulihan Khas yang sedih dan tertekan dengan banyak kenyataan yang dikeluarkan atau dihamburkan daripada mulut pemimpin sekolah dan guru-guru mata pelajaran bahawa bekas pelajar dari kelas pemulihan khas sebenarnya ramai yang gagal dalam peperiksaan akhir tahun yang lalu. Walaupun ditunjukkan bukti daripada IPP2M dan IKAMR yang mereka telah menguasai bacaan, tulisan dan mengira dengan cemerlang, jari tetap dituding kepada guru pemulihan khas yang dikatakan gagal.
Sebelum menuding jari yang satu, ada empat jaring yang menuding kepada mereka. Pelajar pemulihan khas yang telah melepasi IPP2M dan IKAMR  dihantar ke arus perdana. Pastinya iklim atau budaya pembelajaran mereka lalui berbeza semasa di pemulihan khas dan kelas arus perdana. Mereka masih perlukan tindakan susulan secara beransur-ansur dari guru arus perdana.
Sepatutnya guru arus perdana melaksanakan aktiviti pengayaan dan pemulihan semasa pengajaran dan pembelajaran mereka. Itu yang diajar semasa kita dilatih secara profesional untuk menjadi seorang guru. Sudah hilangkah ilmu itu dalam kehidupan kita sebagai guru?
Pihak pentadbir sekolah juga mesti menitik beratkan pemantauan dari aspek pengayaan dan pemulihan semasa pengajaran dan pembelajaran. Pelajar pemulihan khas yang baru melepasi IPP2M dan IKAMR ibarat orang sakit yang baru pulih, sudah pastinya memerlukan proses penjagaan dan pemeriksaan serta pemerhatian yang lebih. Tabahkan diri buat guru-guru Pemulihan Khas. Anggaplah kejadian ini sebagai satu cabaran untuk menjadikan pelajar pemulihan khas pada masa akan datang sebagai seorang cendikiawan. Ini bermakna kita muhasabah diri kita dan bekerja lebih kuat serta atasi kelemahan yang boleh dijadikan racun oleh orang lain untuk meracuni kita.
Seperti kata seorang pemimpin pendidikan negara kita, Guru Pemulihan Khas hari ini terdiri daripada guru terbaik di sekolah itu. Terus maju.

Tuesday, November 9, 2010

UPSR 2010 - RAMAIKAH BEKAS PELAJAR PEMULIHAN KHAS CEMERLANG UPSR?


Pada hari Khamis, 11 November 2010 keputusan UPSR 2010 akan diumumkan. Pada hari itu semua isu dalam pendidikan dilupakan seketika. Isu pelajar pemulihan khas penyumbang kepada penurunan peratusan kelulusan sekolah juga turut tenggelam seketika. Semua orang akan berkata, "Anak siapa dapat 5A?", "Siapa yang dapat 5A?", "Ramai ke yang dapat 5A?". Ratusan soalan lagi yang akan dihamburkan tentang keputusan UPSR ketika itu.
Pernahkah kita sebagai guru pemulihan khas menerima soalan ini, "Budak yang dapat 5A dan 4A tu, bukankah bekas pelajar pemulihan khas?" Jawapannya pasti sudah dijawab oleh rakan-rakan guru pemulihan khas. Sejarah telah banyak membuktikan ramai bekas pelajar pemulihan khas mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR. Namun hakikat yang kita harus terima, tiada siapa yang perasan murid cemerlang tersebut ialah bekas murid pemulihan khas. Hanya kita, guru pemulihan khas yang perasan dan 'syok sendiri'. Itulah hakikatnya.
Walaupun begitu, guru pemulihan khas tetap melaksanakan tugasan sebagai pemulih dan pendidik yang cemerlang, walaupun ada sedikit rasa kecil hati yang mengguris perasaan. Itulah rutin dalam dunia kehidupan guru pemulihan khas. Kalau ada pun yang perasan dan memberikan penghargaan, hanya sebilangan kecil sahaja yang menikmatinya. Ayuh!!!! Guru Pemulihan Khas...... jadikan diri kita 'diam ubi, berisi'. InsyaAllah keikhlasan kita akan dibalas dengan ganjaran kecemerlangan anak kita sendiri (darah daging kita sendiri) dalam akademik, sahsiah dan kehidupan. Itu juga hakikat yang banyak dilimpahi oleh Allah kepada kita. Amin.

Tuesday, October 26, 2010

PROGRAM GERAK GEMPUR LINUS DAN PEMULIHAN KHAS ORANG ASLI, PENAN DAN MASYRAKAT PRIBUMI KINI DI MIRI

Program Gerak Gempur ini kini di Miri mulai 25 Oktober hingga 27 Oktober 2010. Seramai 23 orang guru LINUS dan Pemulihan Khas telah didedahkan dengan pendekatan, strategi, teknik dan BBM bagi meningkatkan tahap celik huruf pelajar asli, penan dan masyarakat pribumi. Pada 27-30 Oktober ini pula gerak gempur ini diteruskan di Kota Kinabalu. Banyak pengalaman yang dapat ditimba melalui perkongsian pengalaman dengan guru-guru yang mengajar orang asli, penan dan masyarakat pribumi.
Sebelum ini program gerak gempur ini telah dijalankan di Ledang dan Kuantan. Di Ledang dan Kuantan, program ini disertai juga oleh Guru Besar-Guru Besar dari sekolah orang asli. Inilah usaha yang dapat dilakukan demi memastikan semua murid berhak celik huruf dan nombor. Pengalaman ini akan kita kongsi bersama melalui blog ini pada masa akan datang. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Wednesday, October 20, 2010

LEMBARAN KERJA PEMULIHAN KHAS DAN LINUS

Lembaran kerja Siri 1 yang telah diusahakan oleh 4 orang guru Jurulatih Utama Kebangsaan Pemulihan Khas kini boleh didapati bagi memudahkan guru-guru pemulihan khas dan guru LINUS menjalankan aktiviti latihan. Buku lembaran kerja ini dihasilkan 100% menggunakan illustrasi dan tulisan 'free hand'. Untuk mendapatkan buku ini, sila hubungi Encik Reduzuan b. Haron (017-7778624), Encik Roslee b. Abdul (019-7649701), Encik Mohd Zaidi b. Dahlan (012-7442295) dan Encik Mohd Yusof b. Kasmon (019-7160087).

Wednesday, September 29, 2010

Tahap Atau Kategori Kelemahan Penguasaan 2M

1) Kenal huruf tetapi belum boleh membaca.


Ramai kanak-kanak kecil kenal huruf A hingga Z, sama ada melalui cara menghafal huruf tersebut (biasanya melalui nyanyian) atau mengenal bunyi huruf-huruf tersebut.
Namun, mengenal huruf tidak bermakna mereka boleh membaca. Malah, ribuan murid di sekolah-sekolah mampu mengenal nama-nama huruf namun mereka masih tidak mampu membaca dengan baik.

2) Hanya boleh membaca perkataan dengan dua suku kata.

Sistem pembelajaran membaca di negara ini kebanyakannya berdasarkan binaan dan gabungan bunyi suku kata serta bermula dengan perkataan dua suku kata terlebih dahulu.
Malangnya kategori murid yang hanya mampu membaca dua suku kata merupakan majoriti di kalangan kanak-kanak yang maju ke peringkat pembelajaran seterusnya di sekolah.
Mereka mampu membaca perkataan-perkataan dua suku kata ini dengan lancar dan yakin tetapi hanya terbatas serta belum menguasai kemahiran membaca dengan sempurna.

3) Kelihatan seakan-akan boleh membaca.

Kanak-kanak tertarik kepada gambar berwarna-warni yang menghiasi buku. Ini penting untuk menarik minat tetapi pada peringkat awal, buku seumpama itu mengakibatkan segelintir murid menghafal cerita tersebut.
Lama-kelamaan anak itu seolah-olah boleh membaca dengan lancar sebaliknya ia hanya menghafal ayat. Ibu bapa sukar mengesan tabiat ini dan boleh mengakibatkan murid itu tidak mampu membaca perkataan yang ditulis pada kertas lain.

4) Membaca dengan mengeja terlalu lambat.

Adakalanya kanak-kanak terlalu bergantung kepada kaedah membaca sambil mengeja dalam kepala.
Cara ini mengakibatkan pembacaan yang terlalu lambat dan jika keadaan ini berterusan dia akan merasai bebanan pembelajaran apabila Tahun 3 ke atas.
Ada di antara kanak-kanak ini mengambil masa beberapa minit untuk membaca satu ayat pendek tetapi rakan sebayanya habis membaca satu perenggan!
Tabiat mengeja harus dibuang kerana boleh mendatangkan masalah lain seperti sukar membaca perkataan dalam Bahasa Inggeris.

5) Membaca dengan laju tetapi salah.

Apabila disuruh membaca, ramai kanak-kanak yang belum boleh membaca dengan sempurna mengambil jalan mudah dan meneka perkataan yang dicuba dibaca.
Perkataan seperti ‘selekoh’ dibaca sebagai sekolah, ‘belalang’ sebagai belang dan sebagainya. Ada di kalangan murid sebegini yang mampu membaca dengan betul apabila perlahan tetapi menjadi gopoh bila disuruh membaca laju.
Tabiat ‘meneka’ perkataan mesti dibuang kerana menyebabkan kanak-kanak itu tidak faham apa yang dibacanya.

6) Tidak boleh membaca perkataan yang sukar seperti ‘eksklusif’, ‘infrastruktur”atau ‘penyelesaian’.

Ini adalah perkara biasa di kalangan murid yang belum mampu membaca dengan sempurna. Oleh kerana mereka membaca secara mengeja dan memecahkan perkataan kepada suku kata mudah, maka perkataan yang panjang dan sukar dieja adalah sukar untuk dibaca.
Masalah ini menyumbang kepada faktor mengapa murid-murid di Malaysia hadapi masalah membaca perkataan panjang dalam Bahasa Inggeris.
Perkataan dalam Bahasa Inggeris tidak boleh dibaca mengikut suku kata mahupun dengan mengeja, kerana huruf yang digunakan dalam perkataan tersebut lazimnya tidak konsisten.

7) Tidak boleh membaca perkataan yang tidak dikenali.

Kanak-kanak lebih gemar menghafal apabila diperkenalkan dengan perkataan awal (whole words) menggunakan flash card atau buku cerita.
Rahmalizah berkata, Ada kanak-kanak pintar yang dapat mengklasifikasikan penggunaan bunyi huruf-huruf dengan efisien lantas boleh membaca.
Namun terdapat segelintir yang terus terjerumus dalam dunia hafalan. Ini mengakibatkan kanak-kanak itu kelihatan seperti boleh membaca tetapi sebenarnya hanya mampu menyebut perkataan mudah yang dihafal sahaja.
Ini menyebabkan katanya, ibu bapa hanya menyedari anak mereka gagal menguasai pembacaan dengan betul selepas menjangkau usia 9 tahun.

Masalah berkenaan menyebabkan kanak-kanak yang tergolong dalam kelompok itu menjadi murung dan tidak bersemangat untuk belajar apabila melangkah ke alam persekolahan yang lebih mencabar.

Friday, September 3, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI



SELAMAT HARI RAYA
AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Wednesday, August 18, 2010

BENGKEL PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR

BENGKEL PEMBINAAN  BAHAN BANTU MENGAJAR UNTUK GURU PEMULIHAN KHAS, DAERAH MERSING (MATA PELAJARAN MATEMATIK)

Tarikh          : 25 - 26 Ogos 2010
Masa           : 9.00 pagi - 4.30 petang
Tempat        : PKG Bandar Mersing
Kehadiran wajib. Sila bawa bersama komputer riba, pen drive dan bahan atau alatan yang difikirkan perlu dan sesuai semasa aktiviti pembengkelan tersebut dilaksanakan. GURU PEMULIHAN KHAS MERSING HEBAT.

Wednesday, August 4, 2010

10 PANDUAN MENDIDIK ANAK BUDAYAKAN IBADAT RAMADHAN

KITA akan menyambut Ramadan tidak lama lagi.. Dalam hal ini, bagaimana hendak memberi galakan kepada kanak-kanak supaya berpuasa dengan betul dan pada masa sama menyeronokkan mereka.
Amalkan sedikit kelainan dalam menyambut Ramadan yang bakal menjelang. Sambutan Ramadan disemarakkan dengan mengecat ruang tamu, mengemas rumah. Anak juga dibelikan telekung dan baju Melayu baru supaya lebih bersedia dan berasa seronok menjelang Ramadan. Budaya membaca al-Quran dipertingkatkan. Tidak lupa mengingatkan anak kepada orang miskin dan anak yatim. Mereka digalakkan berjimat cermat dalam berbelanja dan bersedekah dengan duit simpanan sendiri
Sebagai ibu bapa dan orang dewasa kita mestilah berperanan memastikan bahawa ibadat puasa seperti ibadat lain diterapkan dalam diri anak sejak kecil lagi.
Menurut ulama berpuasa tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh tetapi perlu dilatih secara beransur-ansur sebagai persediaan untuk menunaikannya secara sempurna dan berkualiti apabila baligh kelak.

Berikut adalah 10 panduan untuk membudayakan ibadat Ramadan dalam diri anak:

1.  Membuat persiapan menyambut Ramadan dengan menghias rumah dan membeli atau membersihkan keperluan ibadat seperti sejadah, songkok dan telekung. Ia dilakukan supaya anak dapat merasakan kepentingan bulan yang mulia ini.
2.  Menceritakan sejarah wajib puasa, mengulang kaji semula rukun, syarat, sunnah, adab dan hikmah puasa supaya anak melakukan ibadah dengan penuh kefahaman dan penghayatan, tidak sebagai ikutan saja.
3.  Melatih anak berpuasa secara beransur-ansur selama beberapa jam dan kemudian beberapa hari. Ganjaran berupa pujian dan hadiah boleh diberikan untuk menggalakkan mereka berpuasa tetapi yang lebih penting selalulah menerapkan dalam diri anak untuk mendapatkan pahala dan keredaan Allah dalam apa juga dilakukan. Bagi anak kecil yang tidak berpuasa raikanlah mereka ketika berbuka dan bersahur supaya mereka dapat bersama berdoa dan berkongsi kegembiraan dengan keluarga.
4.  Memperingatkan anak supaya menjalani ibadah puasa dengan penuh ihsan iaitu merasakan Allah sentiasa bersama dan melihat setiap perbuatan mereka. Latih jiwa anak untuk reda dengan perintah Allah, ikhlas beramal dan menjaga pantang larang berpuasa setiap masa.
5. Menjaga solat fardu lima waktu dan menunaikan solat berjemaah. Bawalah anak untuk bersolat fardu dan Tarawih berjemaah di masjid. Bagi ibu yang tidak dapat ke masjid kerana anak kecil, mereka boleh solat fardu dan Tarawih berjemaah bersama anak perempuan di rumah.
6. Al-Quran diturunkan pada Ramadan, jadi kita perlu mengingatkan anak supaya menghidupkan Ramadan dengan banyak membaca al-Quran. Seeloknya bertadarus bersama sekeluarga supaya dapat memperbetulkan tajwid dan pemahaman anak terhadap al-Quran. Mereka juga boleh digalakkan menghafal surah pendek.
7.  Mengingatkan anak supaya memelihara kesempurnaan ibadah puasa dengan mengamalkan akhlak yang mulia dan menghindari kegiatan sia-sia. Galakkan mereka untuk mengisi masa lapang dengan banyak berzikir dan membaca buku berfaedah.
8. Mengajar anak berjimat cermat dan mengelakkan pembaziran dalam urusan berbelanja untuk berbuka, bersahur dan persiapan hari raya.
9. . Memupuk tolong menolong, berkasih sayang dan mengeratkan silaturahim dengan keluarga, jiran dan sahabat handai seperti mengadakan majlis berbuka puasa bersama serta meningkatkan amalan bersedekah.
10.  Mengingatkan anak supaya tidak mensia-siakan kelebihan 10 akhir Ramadan dan tidak meninggalkan takbir hari raya kerana terlalu sibuk dengan persiapan hari raya. Galakkan anak untuk menyambut hari raya dengan penuh keinsafan dan kesyukuran. Terangkan bahawa konsep Ramadan bagi menjaga tunas amalan yang tumbuh dan subur supaya tidak rosak atau cacat dan terus diamalkan pada bulan berikutnya.

Ibu bapa dan orang dewasa adalah contoh kepada anak. Jadi dalam usaha kita membudayakan ibadah berpuasa yang berkualiti dalam diri anak, kita mesti memperbaharui niat dan azam diri untuk terus memperbaiki akhlak dan amal. Sama-samalah kita panjatkan doa supaya ibadah puasa dan ibadat lain sepanjang Ramadan kali ini dapat dijalankan seisi keluarga dan diterima Allah.

Monday, August 2, 2010

KEMERDEKAAN YANG AMAT BERMAKNA

Murid istimewa tidak ketinggalan bersama-sama menyambut bulan kemerdekaan negara. Sekadar renungan dan berkongsi ilham, keistimewaan mereka besar ertinya kepada sebuah negara seperti Malaysia. Mereka turut mewarnai alam pendidikan negara. Berikan sepenuh kasih sayang kepada mereka dan pastinya mereka akan mengerti menilai baik dan buruk kepada negara mereka. Tahniah kepada semua guru Pendidikan Khas yang telah mendidik mereka. Sempena bulan kemerdekaan, Syawal dan Hari Raya Aidil Fitri, bersama-samalah kita berdoa agar insan istimewa ini akan terus berada dalam kesejahteraan dan menikmati kemerdekaan negara dengan ilmu yang cukup. Sayangi mereka, kasihi mereka.

Friday, July 30, 2010

KURSUS ASAS P1NCH BAKAL JU PEMULIHAN KHAS JOHOR

Dijalankan pada 26-29 Julai 2010 di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan, Bandar Tenggara, Kulaijaya. Seramai 20 orang guru Pemulihan Khas dan 10 orang guru Intervensi terlibat dalam kursus ini.

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME JU PEMULIHAN KHAS JOHOR

Pada 26-29 Julai 2010, Jurulatih Utama Pemulihan Khas Negeri Johor telah menghadiri kursus anjuran Pendidikan Khas KPM  di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan di Bandar Tenggara, Kulaijaya. Dalam kursus ini, JU Pemulihan Khas Johor telah diamanahkan oleh Unit Pemulihan Khas KPM membina modul Pemulihan Khas. Seperti lazimnya, apabila membina modul, pasti pengorbanan masa perlu dibuat. Semua bersengkang mata dan ada di antara JU Pemulihan Khas Johor tidur bersama-sama komputer bimbit masing-masing sehingga jam 5 pagi. Inilah salah satu pengorbanan kecil yang telah dilakukan oleh JU Pemulihan Khas demi memartabatkan Pemulihan Khas di seluruh Negara. Terima kasih kepada Puan Nor Zalina, Timbalan Pengarah Pendidikan Khas KPM dan Puan Hajjah Zaleha, Ketua Unit Pemulihan Khas KPM.

Wednesday, July 21, 2010

KURSUS GURU-GURU INTERVENSI DAN PEMULIHAN KHAS DAERAH MERSING

Tepat jam 9.00 pagi, 21 Julai 2010, semua guru Intervensi dan Pemulihan Khas daerah Mersing mula berkursus. Kursus ini diadakan selama dua hari yang akan berakhir esok (22 Julai 2010). Fokus utama kursus ini ialah pembinaan bahan bantu mengajar. Semasa taklimat awal, semua guru Intervensi dan Pemulihan Khas daerah Mersing telah tahu tanggungjawab mereka datang ke kursus ini. Ini satu reaksi positif yang bersesuaian dengan Guru Intervensi dan Pemulihan Khas Mersing HEBAT.

TAKLIMAT AWAL

Thursday, July 15, 2010

KURSUS GURU-GURU INTERVENSI DAN PEMULIHAN KHAS

KURSUS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KURIKULUM GURU INTERVENSI SEKOLAH MENENGAH DAN GURU PEMULIHAN KHAS DAERAH MERSING 2010


Tindakan : SEMUA GURU INTERVENSI DAN GURU PEMULIHAN KHAS DAERAH MERSING
Maklumat : Berhubung dengan perkara di atas adalah dirujuk dan jelas maksudnya .

Kursus tersebut akan diadakan mengikut ketetapan seperti di bawah ini ;
Tarikh : 21 hingga 22 Julai 2010

Hari : Rabu dan Khamis

Masa : 9.00 pagi- 4.30 petang

Tempat: PKG Bandar Mersing

Kehadiran: Diwajibkan.
Sila bawa kelengkapan berkursus seperti alatan menulis,komputer riba,pen drive dan sebagainya jika perlu .

Wednesday, July 7, 2010

Bengkel Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Guru Intervensi Negeri Johor

Semua guru Intervensi Sekolah Menengah Daerah Mersing diwajibkan hadir untuk bengkel tersebut pada ketetapan berikut:
Tarikh : 15 Julai 2010
Hari : Khamis
Masa : 9.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : PKG Bandar Mersing

Wednesday, June 30, 2010

Thursday, May 27, 2010

Instrumen IPP2M dan IKAMR

Sila muat turun instrumen berikut:

1. Instrumen IPP2M

2. IKAMR (Matematik Sekolah Rendah)

Wednesday, May 26, 2010

IPP2M Jun 2010

Selamat menjalankan tugas kepada semua warga Pemulihan Khas Daerah Mersing. Bulan Mei 2010 akan berlalu dan Jun akan menjelma. Semua guru Pemulihan Khas Daerah Mersing telah bersedia untuk menjalankan IPP2M Jun 2010.

Friday, May 14, 2010

SELAMAT HARI GURU - 16 MEI 2010

Wednesday, May 12, 2010

Sekitar Lawatan Penanda Aras GPK Daerah Mersing- Bahagian 3

Bahagian 3 ini memaparkan lawatan GPK Mersing ke kelas Anakku Sayang Pemulihan Khas SK Kangkar Pulai 2. Kelasnya begitu ceria, semua bahan tersusun rapi, pelbagai hiasan indah yang menyedapkan mata serta pelbagai bahan untuk mendidik pelajar pemulihan khas tersedia dengan baik. Itulah hasil kerja Puan Itaerdayu yang sememangnya begitu komited terhadap bidang tugasnya. Tidak sia-sia kami mengunjungi kelas tersebut. Bersama-samalah kita menjelajahi setiap penjuru kelasnya. Jommm.....

Monday, May 3, 2010

Sekitar Lawatan Penanda Aras GPK Daerah Mersing- Bahagian 2

Bahagian 2 Lawatan Penanda Aras GPK Daerah Mersing menyingkap sekitar lawatan ke Bilik Pemulihan Khas SK Parit Raja, Batu Pahat. Seperti di SK Kangkar Pulai 2, di sini kami disambut dengan mesra dan dijamukan dengan nasi beriani gam. Walaupun kami tiba lewat iaitu jam 2.00 petang tetapi guru-guru SK Parit Raja tidak berganjak dari sekolah sehingga kami selesai mengadakan lawatan pada jam 4.00 petang. Pengorbanan masa guru-guru SK Parit Raja akan kami hargai selamanya. Lihatlah paparan slaid di bawah.

Terima kasih kepada semua guru di SK Kangkar Pulai 2 dan SK Parit Raja.

Friday, April 30, 2010

Sekitar Lawatan Penanda Aras GPK Daerah Mersing- Bahagian 1

29 April 2010, seramai 37 orang guru Pemulihan Khas (GPK) Daerah Mersing yang diketuai oleh Encik Nizar bin Awang, Pegawai Penyelia Pendidikan Khas PPD Mersing dan Tn. Hj. Latiffe bin Ahmad, Guru Besar SK Tenglu merangkap Pengerusi JKD Pemulihan Khas Mersing telah mengadakan lawatan penanda aras ke SK Kangkar Pulai 2, Kulai Jaya dan SK Parit Raja, Batu Pahat. Rombongan ini telah bertolak ke SK Kangkar Pulai 2 menaiki bas di PPD Mersing pada jam 7.15 pagi. Tepat 10.00 pagi rombongan Guru Pemulihan Mersing Hebat ini tiba di SK Kangkar Pulai 2 dan diberikan sambutan yang hebat. Bahagian Pertama ini menyingkap peristiwa sambutan kedatangan rombongan GPK Mersing Hebat.

Monday, April 26, 2010

Surat Kebenaran Lawatan Penanda Aras

Sila muat turun dan cetak.
Surat Lawatan Penanda Aras

Wednesday, April 21, 2010

Sertailah M3P Johor

Guru-guru Pemulihan Khas daerah Mersing disarankan agar beramai-ramai menyertai M3P Johor. Banyak manfaat yang dapat kita kongsi bersama. M3P Johor khas untuk guru-guru pemulihan khas negeri Johor dan yang terlibat dengan P1NCH negeri Johor. Suara anda akan disalurkan melalui saluran yang betul. Perjuangkan apa yang selama ini dilaungkan tetapi tidak mendapat sebarang pembelaan. Inilah M3P, sedia mendengar, menerima dan menyalurkan melalui prosedur yang betul. Untuk maklumat lanjut, lawati http://m3pjohor.blogspot.com/    . Hebat lagi ,  Pengerusi Penaja Jawatankuasa M3P ialah Encik Fakarudin bin Abdul Ghani, Guru Pemulihan Khas SK Felda Tenggaroh 3, Mersing. Muat turun borang keahlian di web blog tersebut dan cetak.

Monday, April 19, 2010

Pekeliling Baru Untuk Guru Pemulihan

Surat dari JPNJ berkenaan penglibatan Guru Pemulihan Khas (GPK) dalam LINUS. Sila klik untuk muat turun.

Friday, April 16, 2010

LAWATAN PENANDA ARAS PEMULIHAN KHAS MERSING

Tarikh  : 29 April 2010
Sila buat bayaran seberapa segera mengikut zon masing-masing. Berikut ialah senarai wakil zon yang telah dilantik untuk menerima bayaran:
Zon Bandar      - Pn. Zaiton (SK Mersing Kanan)
Zon Tenggaroh - Pn. Nor Asimah (SK Tenggaroh 2)
Zon Nitar          - Pn. Noraziah (SK Nitar 2)
Zon Endau        - Pn. Rosliza (SK Pusat Air Tawar)
Zon Pulau         - Pn. Wan Suhaibah (SK Pulau Sibu)

Tuesday, April 13, 2010

MAKLUMAN PENTING

ARAHAN KEPADA GPK JOHOR


Anda hendaklah menumpukan program pemulihan khas tahun 2 dan 3.
TIDAK Perlu mengajar murid LINUS Tegar buat masa ini. Tunggu arahan. Pihak JPNJ akan mengeluarkan surat siaran mengenai perkara ini, pihak sekolah dijangka akan menerima mula 19 April 2010.

Sebarang pertanyaan hubungi saya, Mejar Sazali bin Abd. Hamid
Tel : 013-7426084 atau 07-2332375 (pej)

(dipetik dari Facebook Guru Pemulihan Khas Malaysia)

Monday, April 12, 2010

Bengkel Pemurnian Instrumen P1NCH Rendah dan Menengah Bil.1/2010

Gambar sekitar hari pertama bengkel peringkat negeri Johor diadakan.


Guru Pemulihan Khas Mersing Hebat

Unit Pemulihan Khas JPNJ telah menubuhkan MAJLIS PEMUAFAKATAN GURU PEMULIHAN KHAS/ P1NCH (M3P) JOHOR. Matlamatnya ialah menyatukan semua guru Pemulihan dan Intervensi negeri Johor dalam perkongsian ilmu. Pelbagai perancangan terperinci akan dilaksanakan oleh M3P ini.
Tahniah kepada Encik Fakarudin bin Abd. Ghani (gambar)  dari SK Tenggaroh 3 kerana dilantik sebagai Pengerusi M3P. Pengiktirafan kepada guru-guru pemulihan khas daerah Mersing. Sekali lagi guru pemulihan khas daerah Mersing HEBAT.

Friday, April 9, 2010

Lawatan Penanda Aras

Perhatian kepada semua guru pemulihan khas daerah Mersing yang akan mengikuti Lawatan Penanda aras tersebut, Encik Nizar berharap agar guru-guru terbabit dapat menjelaskan bayaran kos pengangkutan sebanyak RM30.00 kepada wakil zon yang telah dilantik dengan secepat mungkin.

Thursday, April 8, 2010

Bengkel Pemurnian Instrumen P1NCH Rendah dan Menengah Bil.1/2010

Unit Pemulihan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPNJ akan menganjurkan bengkel tersebut mengikut ketetapan berikut:
Tarikh           :   12 hingga 14 April 2010
Tempat         :    Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
                         Johor
                         Jalan Hang Jebat, Taman Skudai Baru
Empat orang guru Pemulihan Khas Mersing terlibat dalam bengkel ini.
1. Encik Fakarudin bin Abd. Ghani      (SK Tenggaroh 3)
2. Encik Roslee bin Abdul @ Mohd      (SK Nitar 1)
3. Puan Ainol Adibah binti Jelani          (SK Bandar Mersing)
4. Puan Zaiton binti Omar                    (SK Mersing Kanan)
     

Wednesday, April 7, 2010

LAWATAN PENANDA ARAS PEMULIHAN KHAS MERSING


Lawatan Penanda Aras Pemulihan Khas Daerah Mersing ke SK Air Hitam, Batu Pahat dan SK Kangkar Pulai 2, Kulaijaya akan diadakan pada 29 April 2010. Matlamat lawatan tersebut ialah bagi meningkatkan kualiti pengurusan bilik darjah dan pengurusan murid pemulihan khas daerah Mersing ke arah sifar buta huruf. Semestinya lawatan penanda aras ini merupakan salah satu daripada usaha untuk meningkatkan kreativiti dan inovasi guru-guru pemulihan khas daerah Mersing ke arah MERSING HEBAT. Sebarang masalah berkaitan lawatan tersebut, sila hubungi Encik Nizar bin Awang, Pegawai Khas Pendidikan Khas PPD Mersing di talian 0197653417.

AL-FATIHAH

Bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Tuan Haji Azman, Guru Penolong Kanan SMK Nitar yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari ini 7 April 2010 kerana kemalangan jalanraya. Allahyarham kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di SMK Nitar. Kita doakan roh Allahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Tuesday, April 6, 2010

Bahan Asas Pemulihan Khas

Motivasi Guru Pemulihan Khas
Sila klik untuk muat turun.

Monday, April 5, 2010

Friday, April 2, 2010

IKAMR (Matematik Sekolah Rendah)

Bahan-bahan dalam bentuk power point yang telah dimuat naik ini diharap dapat membantu guru-guru pemulihan menjalankan tugas dengan sempurna. InsyaAllah.

Wednesday, March 31, 2010

IPP2M

Sila klik pada tajuk di bawah untuk muat turun.

1. IPP2M - Bahan Murid
2. IPP2M - Bahan Guru
3. IPP2M - Borang Rekod Ujian

Monday, March 29, 2010

Aktiviti Pelajar Pemulihan Khas

Mari berkongsi aktiviti pelajar pemulihan khas.


Thursday, March 25, 2010

Tambahan Bahan Kursus Asas Guru Pemulihan Khas

1. Pengamatan

2. Motivasi Guru Pemulihan Khas

Semua bahan kursus asas yang telah dimuat naik ke blog ini diharap dapat dibaca dan diamalkan. InsyaAllah kita sedaya upaya lakukan yang terbaik demi mencelikkan anak didik yang memerlukan bimbingan dan asuhan kita, guru-guru Pemulihan Khas daerah Mersing yang hebat.

Kenangan Kursus P1NCH dan Linus Pemulihan Khas Daerah Mersing


Tuesday, March 23, 2010

Bahan Pengetahuan Asas Pemulihan Khas

1. Tanggungjawab dan Peranan Guru Pemulihan Khas
2. Pengurusan Bilik Darjah

Sila klik pada tajuk dan muat turun. Diharap nota ini akan menjadi panduan ke arah Guru Pemulihan Mersing Hebat. InsyaAllah.

Wednesday, March 17, 2010

Bahan Pengetahuan Asas Pemulihan Khas

Di sini di muat naik bahan pengetahuan asas pemulihan khas. Diharap bahan ini dapat membantu guru-guru pemulihan khas merujuk dan seterusnya dapat menambah ilmu pengetahuan dalam usaha meneruskan kesinambungan MERSING HEBAT. Guru-guru pemulihan khas daerah Mersing mesti bekerja lebih kreatif dan inovatif lagi agar semua murid daerah Mersing tidak lagi buta huruf dan seterusnya merealisasikan hasrat sifar buta huruf. MERSING HEBAT pasti terlaksana dan menjelma selamanya dengan kerja kuat PEMULIHAN KHAS MERSING HEBAT. InsyaAllah.

1. Jenis-jenis Ujian

2. Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Pemulihan

3. Rancangan Pelajaran Tahunan Pemulihan Khas

4. Rancangan Pelajaran Tahunan Matematik Pemulihan Khas

Friday, March 12, 2010

SPM 2009 - Daerah Mersing Empat Terbaik Negeri Johor

TAHNIAH!!!! Semua warga Pendidik Pemulihan Khas Daerah Mersing mengucapkan syabas dan tahniah yang amat tinggi kepada semua pihak dari bawah hingga peringkat tertinggi kerana kecemerlangan daerah Mersing dalam SPM 2009. Mersing kini menduduki tempat keempat daripada sepuluh daerah di negeri Johor. Satu kejayaan yang cemerlang. Alhamdulillah. Syukur dengan anugerah yang cukup tinggi ini. MERSING HEBAT.... motto yang cukup bermotivasi.
InsyaAllah, motto PEMULIHAN KHAS MERSING HEBAT juga akan menyahut ke arah sifar buta huruf. Semangat SPM 2009 telah meresap ke dalam jiwa guru-guru pemulihan khas daerah Mersing.

SELAMAT BERCUTI

Selamat bercuti. Kebiasaannya setiap kali cuti persekolahan tiba, masyarakat akan beranggapan semua aktiviti di sekolah turut cuti. Sebenarnya hanya warga pendidik sahaja yang tahu apa erti sebenarnya cuti persekolahan. Dalam cuti persekolahan ini, guru-guru tetap mengadakan kelas-kelas tambahan, latihan aktiviti kokurikulum atau aktiviti keceriaan sekolah.
Bagi guru-guru pemulihan khas daerah Mersing, setiap kali cuti dipenuhi dengan aktiviti mengumpul bahan atau membina bahan untuk pengajaran dan pembelajaran. Inilah hebatnya guru-guru pemulihan khas daerah ini.

Thursday, March 11, 2010

Nota Asas Guru Pemulihan Khas

Selamat datang ke dunia Pemulihan Khas kepada guru-guru baru Pemulihan Khas daerah Mersing. Ramai guru Pemulihan Khas di daerah Mersing sekarang terdiri daripada guru-guru yang baru ditempatkan di sekolah-sekolah tertentu.
Sebagai guru baru, pastinya banyak perkara yang perlu difikirkan. Melalui blog ini, guru-guru Pemulihan Khas baru akan dibantu melalui muat naik nota kursus asas pemulihan khas sebagai satu sumber rujukan dan panduan kepada mereka. Ini bagi memastikan guru-guru Pemulihan Khas daerah Mersing sentiasa hebat dalam mengatasi masalah buta huruf dan buta nombor .
Sila klik pautan di atas untuk memuat turun nota konsep dan dasar pelaksanaan program pemulihan khas.
Sila klik pautan ini untuk memuat turun nota ciri-ciri murid pemulihan khas.
Klik pautan ini untuk memuat turun nota carta alir pemulihan khas.
Nota-nota lain yang berkaitan dengan pemulihan khas akan dimuat naik setiap hari. Jadikan MERSING HEBAT sebagai satu motivasi ke arah PEMULIHAN MERSING HEBAT.

Wednesday, March 10, 2010

Borang Data Awal Tahun

http://depositfiles.com/files/ex56jlbrn

Kursus LINUS Pemulihan dan Intervensi Daerah Mersing


Pada 8 Mac 2010, Kursus LINUS Pemulihan Khas dan Intervensi telah diadakan di PKG Bandar Mersing dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Kehadiran Mejar Sazali, Pengarah Unit Pemulihan Khas, Jabatan Pelajaran Johor dan Encik Shahiran selaku Pegawai Penyelia Pemulihan Khas JPNJ amat dinantikan. Pelbagai maklumat dan penerangan yang berkaitan P1NCH telah dijelaskan dengan terperinci.
Peserta kursus
Peserta Kursus

Mejar Sazali memberikan penerangan

Pegawai Penyelia Pendidikan Khas PPD Mersing, Encik Nizar Awang
bersama Mejar Sazali

Pertukaran Nama Blog

Mulai hari ini, 10 Mac 2010 blog ini telah ditukarkan kepada PEMULIHAN KHAS MERSING HEBAT. Segala fungsi blog ini juga akan berubah. Dahulu ianya lebih bersifat laporan individu tetapi mulai sekarang blog ini lebih berfungsi kepada perkembangan Pemulihan Khas daerah Mersing.
Sebagai menyahut cabaran dalam pendidikan hari ini, saya akan cuba memuat naik pelbagai bahan yang berkaitan dengan pemulihan khas. Di harap dalam ruang sembang blog ini juga dapat dibicarakan secara profesional.

Tuesday, January 5, 2010

Kerinduan Terubat

Memang sudah ditakdirkan. Jiwa guru yang ada dalam diri ini sememangnya begitu mendalam. Hari ini sesi persekolahan 2010 telah bermula. Seronok dan puas apabila dapat berjumpa semula dengan pelajar pemulihan khas. Tindakan pertama saya lakukan ialah terus mengajar. Syukur Alhamdulillah, pelajar-pelajar tersebut masih ingat apa yang telah dipelajari sebelum cuti akhir tahun 2000.
Mungkin pada awal tahun ini, jumlah pelajar pemulihan khas akan bertambah kerana ada ramai pelajar baru mendaftar di sini dan ramai juga yang kurang celik huruf. 6 Januari nanti saya akan adakan ujian saringan.
Sesungguhnya saya seronok dan puas berjumpa pelajar pemulihan khas.