Tuesday, January 5, 2010

Kerinduan Terubat

Memang sudah ditakdirkan. Jiwa guru yang ada dalam diri ini sememangnya begitu mendalam. Hari ini sesi persekolahan 2010 telah bermula. Seronok dan puas apabila dapat berjumpa semula dengan pelajar pemulihan khas. Tindakan pertama saya lakukan ialah terus mengajar. Syukur Alhamdulillah, pelajar-pelajar tersebut masih ingat apa yang telah dipelajari sebelum cuti akhir tahun 2000.
Mungkin pada awal tahun ini, jumlah pelajar pemulihan khas akan bertambah kerana ada ramai pelajar baru mendaftar di sini dan ramai juga yang kurang celik huruf. 6 Januari nanti saya akan adakan ujian saringan.
Sesungguhnya saya seronok dan puas berjumpa pelajar pemulihan khas.

2 comments:

  1. adakah yang masuk kelas permulihan nie..akan jadi ok dan akan kembali masuk ke kelas seperti biase..sebab saya ade pengalam tue masa sekolah dulu..saya reti membaca darjah 3 kot..tue pun merangkak..ape perlu dibuat kalau budak2 permulihan nie mmg x akan reti membaca..sebab banyak je kes sampai tingkatan 5 pun x reti baca

    majid ishak

    ReplyDelete
  2. salam..
    maklumat LINUS BM banyak..tapi LINUS matematik tak ada pun..tolong cikgu usahakan ye untuk dapatkan LINUS Maths..sebab saya masih tercari-cari maklumat untuk jalankan LINUS maths..terima kasih.

    ReplyDelete