Tuesday, October 13, 2009

Perjuangan JU Pemulihan Khas


Kursus Pemulihan Dalam Bilik Darjah Daerah Mersing




Bertemu lagi. Kali ini saya terpanggil untuk membicarakan mengenai situasi JU Pemulihan dalam masa seminggu dua ini. Dalam usaha memartabatkan pemulihan khas agar dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan memastikan matlamat sifar buta huruf tercapai, JU Pemulihan Khas di seluruh Johor diarahkan mengadakan kursus pemulihan dalam bilik darjah dan penerangan mengenai P1NCH ke akar umbi.








Setiap Sabtu pula mereka dijemput sebagai penceramah Pemulihan Dalam Bilik Darjah untuk LDP sekolah-sekolah di sekitar daerah masing-masing. Setiap hari dari pagi hingga lewat petang mereka berjuang memberikan penerangan, bimbingan dan tunjuk ajar kepada semua guru KIA2M, Guru Protim, Guru Bahasa Melayu dan Matematik Tahun 2,3,4,5 dan 6.






Semua ini dilakukan demi memastikan perjalanan memulihkan pelajar yang gagal menguasai 3M dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah, telus dan menyeluruh. Kerap kali semakin sukar menjawab soalan anak-anak apabila bertanya, "Hari ni ayah/ibu ke mana pula?", "Ayah/ibu balik bila?", "Berapa hari ayah/ibu pergi?" dan pelbagai pertanyaan lagi. Itu belum si isteri atau suami bertanya. Kepada rakan-rakaan JU, selamat berjuang dan keikhlasan kita amat diharapkan. Ketepikan rasa penat. Kita profesional. Urusan rumahtangga dan urusan kerjaya telah lama kita dapat atasi. Bravo.

No comments:

Post a Comment