Thursday, March 10, 2011

BENGKEL PEMURNIAN MODUL BAHASA MELAYU PEMULIHAN KHAS DI SEKOLAH KEBANGSAAN DAN SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS

Bengkel tersebut diadakan pada 8 hingga 11 Mac 2011 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Beserah, Kuantan, Pahang. Seramai 20 orang Jurulatih Utama Kebangsaan terlibat dalam bengkel ini. Buku Lembaran Kerja Bahasa Melayu Pemulihan Khas dan Modul Bahasa Melayu Pemulihan Khas akan dihasilkan oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui bengkel ini.
Projek ini telah bermula sejak awal tahun 2010 lagi dan proses pemurnian akhir akan dibuat di Kota Bharu, Kelantan pada bulan April 2011 nanti. Projek ini diketuai oleh Puan Norzalina bt Nasir, Timbalan Pengarah Pendidikan Khas, KPM. 20 orang JU Kebangsaan yang berkampung di Kuantan banyak mengorbankan masa dan buah fikiran dalam merealisasikan projek ini. Ada ketika masuk tidur jam 5.30 pagi dan menguatkan diri untuk bangun jam 6.00 pagi.
Rutin ini sudah menjadi kebiasaan kepada kami setiap kali hadir untuk membina modul. Semua pertimbangan perlu dilakukan agar modul yang dihasilkan berkualiti tinggi.

3 comments:

  1. Banyak modul yang dibuat oleh BPK, tapi sehingga kini tidak sampai ke sekolah...adakah modul yang dibuat pada tahun 2011 akan terkubur begitu sahaja...

    ReplyDelete
  2. Tahun 2012 LINUS akan berada di tahun 3...Jadi adakah modul yang dibuat itu selaras dengan konstruk LINUS...Jangan nanti LINUS ke barat, modul yang dibuat tu ke timur...penghabisannya modul tu buat alas kaki meja yang senget di pejabat BPK.....

    ReplyDelete
  3. Betul tu....pi mai, pi mai...guru2 pemulihan menggunakan buku tebal biru...tapi bila ada LINUS, buku tu hanya sebagai Quran buruk..sebab KPM dah keluarkan modul LINUS....apa pun buku biru tu boleh digunakan lagi.....

    ReplyDelete