Monday, February 28, 2011

TAKLIMAT PELAKSANAAN LINUS DALAM PROGRAM PEMULIHAN KHAS

Pada 22 Februari yang lalu, satu taklimat Pelaksanaan LINUS dalam Program Pemulihan Khas daerah Mersing telah diadakan. Antara yang hadir untuk menyampaikan taklimat ini ialah En. Sazali bin Abd. Hamid, Ketua Unit Pemulihan Khas JPNJ, En. Shahiran bin Kamaruddin, Penyelia Pemulihan Khas JPNJ    , En. Mohd Nizar bin Awang, PPPD Pendidikan Khas PPD Mersing dan En. Mahadi bin Mohamad, FasiLINUS PPD Mersing.
Banyak input yang diberikan kepada Guru Pemulihan Khas (GPK) Mersing. Antaranya peranan GPK dalam LINUS, pedagogi LINUS, Sistem fail dan saringan. Taklimat yang disampaikan ini amat berkesan kerana sebelum ini GPK belum pernah diberikan maklumat lengkap sebegini.
Pada penghujung taklimat, Tuan Mejar Sazali berharap agar PPD Mersing dapat mengadakan satu lagi kursus penting iaitu pengendalian instrumen saringan dan pelaksanaan saringan kerana untuk saringan 4, GPK akan menjalankan saringan terhadap murid LINUS Pemulihan. InsyaAllah, dengan adanya program sebegini pastinya perjalanan LINUS akan lebih lancar dan matlamatnya pasti tercapai.

No comments:

Post a Comment