Thursday, April 28, 2011

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI JURULATIH UTAMA PEMULIHAN KHAS SARAWAK

Telah dijalankan pada 25-28 April 2011 di BTPN Kota Samarahan, Sarawak. Seramai 67 orang JU Pemulihan Khas Sarawak terlibat dalam kursus ini. Objektif utama kursus ini diadakan ialah bagi memantapkan penguasaan pedagogi guru-guru pemulihan khas Sarawak dan seterusnya meningkatkan tahap pencapaian pelajar pemulihan khas dan LINUS Tegar ke satu aras yang tinggi.
Kursus ini diketuai oleh Puan Noor Azulina bt Ahmad, Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, En. Ali bin Hanafiah (Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM), Tuan Hj. Rahim (Pensyarah IPDA), Pn. Zaliyati (JU N.Sembilan), En. Jumari (JU Johor) dan saya sendiri.
Sepanjang kursus ternyata guru-guru pemulihan khas Sarawak begitu komitmen dengan semua aktiviti yang diadakan. Mereka amat memerlukan kursus seperti ini dan banyak ilmu yang mereka timba. Ramai yang kreatif dan sentiasa memberikan kerjasama dalam semua aktiviti.
Kehadiran FasiLINUS Kota Samarahan juga telah memberikan inspirasi kepada guru-guru pemulihan ini dan ternyata FasiLINUS Kota Samarahan mengagumi keaktifan guru pemulihan khas ini.
Pada akhir kursus semua peserta amat berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam kursus ini dan berharap ianya diteruskan pada masa akan datang. Sesungguhnya saya rasa bertuah kerana guru pemulihan khas di daerah Mersing telah melalui semua kursus seperti ini. Di Sarawak inilah kursus pedagogi yang paling berkesan yang telah mereka lalui.
Amat bersyukur kerana pastinya martabat guru pemulihan khas seluruh negara akan dapat dipertingkatkan dan akhirnya menjadi nadi utama kejayaan LINUS pada tahun 2012 nanti.   

1 comment:

  1. Salam singgah. Saya percaya pihak pentadbir akan memberi gambaran yang jelas kepada pemantau-pemantau tentag rakan kita itu. Di sekolah saya, Guru Pemulihan Khas kami sangat excellence. Dia adalah aset sekolah dan daerah...

    ReplyDelete