Wednesday, July 13, 2011

DATA MURID YANG TIDAK MENGUASAI 3M ( P1NCH ) BIL. 2/2011

                                                                             Ruj. Kami : JPNJ.PEM(47)/600-8/2/1(26)
                                                                            Tarikh       :  7 Julai, 2011.


Pegawai Pelajaran Daerah
Negeri Johor
( u.p : Semua Pengetua dan Guru Besar )


Tuan,

DATA MURID YANG TIDAK MENGUASAI 3M ( P1NCH ) BIL. 2/2011.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.            Untuk makluman tuan, Unit Pemulihan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Johor sedang mengemaskini data murid yang tidak menguasai asas 3M di sekolah rendah dan menengah negeri Johor. Pengumpulan data berkenaan dapat membantu Unit Pemulihan Khas mengambil tindakan untuk merancang dan meningkatkan keberkesanan Program 100% Celik Huruf di seluruh negeri Johor.

3.            Ujian tersebut hendaklah menggunakan IPP2M/IKAM Rendah dan II2M/IKAM Menengah yang telah dibekalkan ( Tahun 2 menggunakan Saringan 5 LINUS ) . Bersama-sama surat ini disertakan Borang Maklumat Murid Tidak Menguasai Asas 3M dan Rumusan Murid Tidak Menguasai Asas 3M yang perlu diisi oleh pihak sekolah dan dikembalikan kepada Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing ( u.p : PPPD Pendidikan Khas ) sebelum atau pada 29 Julai, 2011. Borang tersebut juga boleh dimuat turun di sini (untuk mendapat borang klik disini)

4.                   Sebarang pertanyaan berkaitan perkara tersebut, sila hubungi En. Shahiran bin Kamaruddin, Penyelia Pemulihan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Johor di talian 07 2310084 atau 019 7784357.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment