Monday, January 24, 2011

DOA BUAT CIKGU AYOB (JU PEMULIHAN PONTIAN)


Pada kesempatan ini marilah kita bersama-sama mendoakan agar Cikgu Ayob iaitu Jurulatih Utama Pemulihan Khas Daerah Pontian segera sembuh dari kesakitan yang telah beliau alami sejak 3 minggu lalu. Cikgu Ayob mengalami kes sel darah merah pecah. Hampir 2 minggu beliau terlantar di hospital dan kini telah pulih sedikit dan diberikan cuti sakit di rumah.
Berdasarkan apa yang telah diceritakan kepada saya, sesungguhnya kecekalan dan ketabahan Cikgu Atob melawan kesakitan yang dialaminya amat dikagumi. Ramai di kalangan rakan guru pemulihan khas tidak tahu tentang masalah cikgu Ayob ini sehinggalah saya dihubungi oleh Puan Norzalina bt Nasir, Timbalan Pengarah Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia memaklumkan tentang apa yang telah berlaku kepada Cikgu Ayob.
Marilah kita bersama-sama mendoakan kesihatan beliau kembali pulih dan dapat meneruskan bakti kepada murid pemulihan khas. Rakan-rakan juga boleh melawat beliau di Pontian atau menghubungi beliau untuk memberikan sokongan dan bertanya khabar melalui talian 0197124781.

No comments:

Post a Comment